Monday, September 13, 2010

Jalan jalan berhari raya.
Mula tadi nak beri topik "Jalan Raya" kemudian baru ingat 'jalan raya' lain maknanya. Saya dan keluarga bertolak dari Subang Jaya menuju Kuantan pada petang Khamis 9 Sept. Jalan tidak sesak kerana warga kota telah meninggalkan Kuala Lumpur lebih awal, mungkin kerana destinasi mereka lebih jauh seperti Kota Baru. Kami berbuka puasa di Stesen Minyak petronas semasa didalam perjalanan. Ada teh tarik dan buah tamar disediakan oleh stesen minyak tersebut. Berduyun duyun lah hamba Allah yang beratur untuk mendapatkan juadah percuma tersebut. Sudah menjadi budaya Malaysia kalau percuma mestilah kena ambil. Saya sedang beratur hendak membeli sandwich di kaounter Dunkin Donut tiba tiba pekerja nya juga turut keluar untuk mendapatkan juadah percuma tersebut. Mereka meninggalkan pelanggan demi untuk mendapatkan barang percuma tersebut. Sesuatu yang pehak pengurusan Dunkin Donut mesti buat jika ia mahu meneruskan konsep pelanggan didahulukan. Hati kecil saya berkata ini adalah dugaan dibulan puasa dimana kita dikehendaki bersabar. Ini berlaku beberapa minit sebelum berbuka.. sungguh mencabar dugaan ini.
Saya melihat beberapa kemelangan didalam perjalanan. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuantan sebelum 12 malam. Saya berhari raya di rumah kakak ipar yang juga ibu tunggal bersama anak lelakinya. Beliau nampak gembira dengan kehadiran kami kerana meramaikan dan memeriahkan suasana. Saya sempat juga menziarahi sanak saudara semasa disana. Saya pulang ke Kuala Lumpur pada 11 Sept kerana salah seorang dari anak saya sudah mula berkerja.