Politik dimesjid.
Mesjid adalah tempat untuk beribadat bukannya tempat berkempen untuk meraih undi sama ada bagi pehak kerajaan atau pembangkang. Institusi mesjid mestilah dihormati kalau tidak mahu kehilanagan keperchayaan para jemaah. Apa yang disampaikan oleh khatib mestilah tidak berat sebelah kerana para jemaah terdiri dari pelbagai pehak. Jika ada jemaah yang meluat mendengar apa yang dilaongkan oleh khatib tentulah dia tidak akan dapat menghayati bila sampai tentang bab ugama pula. Baru baru ini pilihan raya kecil telah diadakan di dua bukit dan satu batang. Walau pun tempat itu jauh tetapi khatib maseh mahu berkempen mengingatkan para jemaah siapa yang patut dipilih seolaholah semua orang dimesjid itu akan pergi mengundi. Macamlah tiada modal nak berkhutbah. Saya tidak bermaksud memperkecilkan pehak khatib mahu pun pehak mesjid, cuma kurang senang dengan topik yang disampaikan.
Friday, April 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment