Aku menjadi jurucakap bagi pehak keluarga adek lelaki ku.
Selang dua minggu seorang lagi anak saudaraku bertunang. Majlis pertunangan kali ini merupakan satu pengalaman baru buat diriku kerana aku telah diminta untuk menjadi juru cakap bagi pehak lelaki. Selalunya tugas ini diberikan kepada orang tua yang berpengalaman. Mengapa pula aku, hati kecilku bertanya. Aku mengaku memanglah aku tidak menganggap diriku didalam golongan muda, memanglah dah tua kerana sudah bersara. Tertapi dari segi pengalaman, memang lah kurang. Sebelum ini aku pernah menjadi juru cakap tetapi bagi pehak perempuan. Mudah sahaja kerana pehak perempuan hanya menunggu.
Apa akan jadi jika aku tersalah cakap. Mungkinkah peminangan tidak diterima atau hantaran yang diminta terkeluar dari budget. Rupanya sangkaanku meleset sekali. Semuanya berjalan dengan lancar dan peminangan telah diterima, Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment