Menghadiri majlis perkahwinan anak perempuam P.Yogarajan.
Bergambar didepan Dewan Abdul rahman Talib.
Mengimbasi kembali peristiwa di Sungai Bernam.
Menekmati teh tarik di Restoran Ghani.
Melawat Tanjung Malim membawa kenangan nostalgia.
Apabila menerima jemputan dari kawan saya, P.Yogarajan untuk menghadiri majlis makan malam meraikan perkahwinan anak perempuan beliau di Tanjung Malim pada hari Sabtu, 2hb. Julai 2011, saya dan kawan seangkatan tidak melepaskan peluang untuk melawat bandar Tanjung Malim dan bekas tapak Sekolah Dato' Abdul Razak. Lawatan ringkas tersebut membuat saya teringat kembali peristiwa yang saya alami di SDAR dari tahun 1966 hingga 1971.(1) Semasa saya mendapat surat tawaran untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Dato' Abdul Razak pada tahun 1966 saya tidak tahu tentang kewujudan SDAR. Walau pun saya dari Kuala Kangsar,Perak, saya lebih mengenali MCKK atau STAR. Guru sekolah saya pun tidak pernah menceritakan tentang SDAR. Ini membuktikan SDAR baru wujud waktu itu. SDAR belum mencipta nama dan tidak mempunyai tradisi atau trak rekod yang boleh diketengahkan. SDAR baru berusia 10 tahun, kalau manusia, maseh budak berhingus yang belum baliq. SBP atau sekolah lain telah wujud berdekat lamanya, contoh Clfford School Kuala Kangsar - 1897 dan MCKK -1903. Pelajar SDAR pada waktu itu jika dapat meneruskan pengajian ke tingkatan enam, kena berhijrah ke STAR, MCKK atau sekolah lain. Jadi SDAR wujud seolah olah untuk membekalkan pelajar tingkatan enam kepada sekolah lain.
(2) SDAR di Tanjung Malim hanya menumpang dikawasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), kini telah dinaiktarafkan sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI). Pembangunan hampir tiada. Pada ingatan saya dari 1966 hingga 1971, hanya satu sahaja bangunan baru yang dibangunkan, ia itu blok tingkatan enam pada tahun 1970. Apabila bilangan murid meningkat terpaksalah bilek asrama dijadikan kanteen dan bilek makan. Bilek rehat pula dijadikan asrama. Batch 66-73 dibesarkan didalam keadaan serba berkurangan dibandingkan dengan SBP lain. Budget hanya rm18.00 sebulan atau 60sen sehari (kos makan sahaja). Pusat sumbernya dipenohi dengan rak rak kosong atau buku yang kulitnya hampir berkecai.
Kelebihan yang ada pada SDAR pada waktu itu ialah kerana namanya. Arwah Tun Abdul Razak pada waktu itu adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. SBP lain hanya dinamakan dengan nama pemimpin yang telah pergi meninggalkan kita. Malangnya Arwah TAR pada waktu itu tanpa pengetahuan umum sedang berjuang dengan cancer dan juga menguruskan negara selepas berlaku pergolakan kaum.
(3) Walau pun didalam keadaan serba kekurangan, SDAR terus membangun, membina nama dan tradisinya sendiri. Penghijrahan beramairamai pelajarnya ke TI atau RMC pada tahun 1970 adalah satu penomena yang tidak dapat dielakan kerana memang tiada halangan dari pehak kerajaan pada waktu itu. Malahan digalakan untuk memenohi TI dan RMC dengan pelajar pelajar pandai yang telah masak dengan kehidupan berasrama. Maka bolehlah mereka bertahan dialam baru mereka yang juga mencabar. Dengan berkat usaha gigih guru guru dan pengetua SDAR, pada tahun 1971 barulah SDAR keluar dari kepompongnya dengan menjuarai Mori Cup. Dengan berbekalkan image baru ini sebagai conqueror SDAR berhijrak Ke Seremban. Kalau Julius Ceasar berkata," I came I saw I conquer", maka diTanjung Malim pelajar SDAR hanya nampak miss spring, budak hitam, panggung REX, panggung Majestic, restoran Ghani dan restoran Razak. maka itulah yang mereka conquer.
(4) Dengan image conqueror inilah apabila pelajar SDAR sampai ke Seremban mereka nampak Sekolah Tengku Durah, TKC dan KGV sebagai satu cabaran baru yang mesti ditakloki. SDAR membelasah Sekolah Yuk Min 30-0 (satu rekod) didalam acara bolasepak. SDAR juga membelasah Sekolah Dato' Abdul Samad 124-0 dalam acara Rugby. SDAR memulakan tradisinya sendiri. Ada pelajarnya yang sudah jadi pak menteri. Saya turut bergembira apabila murid murid sekolah bertanya, "Pak Cik dulu sekolah kat mana?" Bila saya sebut SDAR mereka semua tahu, dan berkata "Oh Sekolah yang Top tu".
Baru ini saya sempat berborak dengan Pengetua SDAR. Beliau berkata bila dah jadi sekolah yang Top ini, makinlah mencabar nak jaga kedudukan dan nama baik SDAR. Diharap SDAR akan terus mengejar kejayaan.
(Saya tidak ikut ke Seremban kerana telah melanjutkan pelajaran keluar negara pada tahun 1972.)
No comments:
Post a Comment