Mana Tuannya.
Di tengah kesebokan bandar raya Shah Alam aku ternampak ayam ayam ini berkeliaran sedang mencari makan. Tidak ubah seperti peribahasa kais pagi makan pagi, aku teringat kembali apa yang ku pelajari semasa disekolah rendah dahulu. Tidak sia sia Che Gu Md. Zain mengajar peribahasa tersebut kerana hingga sekarang maseh kekal didalam ingatan. Benda lain tidaklah pula aku ingat sangat. Mungkin kerana pengajaran Che Gu Md. Zain yang berkelulusan dari Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang di kenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris) amat berkesan. Mana tidaknya beliau mengambil masa hampir 30 minit untuk menerangkan peribahasa tersebut. Kami juga telah melukis gambar ayam yang sedang mencari makan untuk memperjelaskan lagi huraian peribahasa tersebut.
Kalau lah ini ayam liar yang tidak bertuan, apa salahnya jika aku tangkap dan jadikan makanan malam ini. Ayam ini nampaknya dari jenis ayam kampung, tentu sedap. Terfikir juga aku sama ada terdaya tak aku mengejar ayam ini kerana fakta usia. Nanti akan ditertawakan oleh orang ramai yang lalu lalang disitu. Wahai ayam usia kau maseh panjang nampaknya. Lain kali aku bawa senapang gajah.