Tuesday, June 17, 2008


KOLOKIUM KECEMERLANGAN PELAJAR PROJEK KHAS 'SBP'.
Kementrian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Alumni Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh telah menganjurkan kolokium ini dengan tujuan memberi bimbingan kepada pelajar pelajar yang datang dari keluarga kurang kemampuan dari segi kewangan. Seramai 216 pelajar dari 54 SBP telah dikumpulkan di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dari 15 hingga 17 June 2008.
Saya berpeluang memberi sumbangan, membantu pelajar tersebut dengan memberi bantuan kounseling dan berkongsi pengalaman semasa berstatus pelajar pada suatu masa dahulu. Apa yang saya dapati ia lah mereka terdiri dari pelajar yang cerdik dam mempunyai cita cita dan kemahuan yang tinggi. Mereka sentiasa berterima kaseh kepada peluang yang diberi. Rata rata mereka ingin menyahut cabaran supaya dapat membela keluarga dan memberi kehidupan yang lebih selesa buat diri dan famili mereka dimasa hadapan. Kebanyakan mereka juga datang dari famili yang mempunyai ahli yang besar, ia itu enam hingga tujuh orang. Ini menyukarkan lagi buat ibu bapa mereka untuk memberi tumpuan kepada mereka.
Ini adalah kali pertama program seperti ini diadakan. Saya berpendapat program seperti ini elok terus diadakan pada masa hadapan. Pelajar yang mengambil bahagian juga elok di dedahkan dengan melawat tempat terkenal supaya fikiran mereka lebih terbuka.

No comments: