2010 - tahun yang mencabar.
Cabaran tahun baru bermula dengan kenaikan harga barang. Nampaknya rakyat jelata memanglah dicabar untuk mengurangkan makan gula, kurangkan merokok dan sebagainya. Adakah dengan menaikan harga gula, rakyat akan mengurangkan makan gula. Adakah teh tarik, abc, ais kerim dan gula gula akan menjadi lebih tawar apabila dikurangkan bahan gula didalamnya. Anda tentu tahu jawapannya. Sisuami akan melenting apabila minumannya tawar dari biasa. Pengguna akan merungut apabila apabila tehtariknya tawar dari biasa. Yang suka memakan abc juga mungkin akan menamakan minuman kegemarannya 'abt', air batu tolak, tolak apa? tolak gulalah.
Kenaikan harga barangan mungkin tidak dapat dibendung 100 peratus. Apabila harga bahan mentah naik, harga barangan akan naik. Apabila harga bahan mentah turun, harga barangan akan terus berada ditahap baru. Kononnya nak menghabiskan stok bahan mentah yang sudah dibeli dengan banyaknya. Mengapa sebab yang sama tidak digunakan bila harga bahan mentah naik. Turun pun susah, naik lagi susahlah. Inilah yang membuatkan kepala menjadi pusing apabila memikirkannya.
Rakyat idamkan harga barangan yang stabil. Turun naik ni membuatkan mereka susah nak mentadbirkan kewangan mereka. Samalah juga seperti kerajaan yang idamkan keadaan negeri yang aman dan stabil supaya senang nak buat kerja.
Jadi menstabilkan harga barangan adalah penting. Oleh kerana ia penting kerajaan sepatutnya menubuhkan satu kementrian khas untuk menananginya. Bukan kah sudah ada 'Kementrian Hal Ehwal Pengguna' untuk tujuan itu. Memang betul tetapi kementrian itu kurang fokus kerana terpaksa menjaga bermacam macam hal. Jabatan yang menjalankan kerja tersebut boleh dinaikan taraf kepada Kementrian dan ditadbirkan oleh seorang yang bertaraf menteri. Apa nak panggil beliau? Bagaimana dengan 'Menteri Barangan Turun Naik'. KPI beliau senang sahaja tetapi tidak kurang pentingnya. Apabila harga gula dinaikan X peratus, pemakanan gula pula, targetnya, mesti kurang Y peratus. Jika tidak mencapai target dan tiada sebab yang munasabah, sama ada turunkan harga gula atau tukar menterilah jawabnya.
Tuesday, January 05, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment